Pengguna dijangka kekal tidak dapat beli ayam pada kadar berpatutan - CAP - Utusan Malaysia

Pengguna dijangka kekal tidak dapat beli ayam pada kadar berpatutan – CAP

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menjangkakan pengguna masih tidak dapat membeli ayam pada harga berpatutan susulan beberapa isu berkaitan penternakan ayam yang belum diselesaikan oleh kerajaan.

Presiden CAP, Mohideen Abd. Kader berkata, ini kerana pada masa ini Malaysia masih bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan makanan ayam seperti dedak.

Katanya, harga dedak serta makanan ayam yang lain kini menjadi tinggi kerana nilai ringgit yang menyusut di pasaran antarabangsa.

“CAP telah menyuarakan betapa pentingnya Malaysia mengeluarkan makanan ayam sendiri, namun sehingga kini hanya penternak di Selangor dan Kedah yang cuba menghasilkan makanan ayam sendiri.

”Kebergantungan kepada makanan ayam yang diimport menyebabkan harga ayam di pasaran naik kerana makanan ayam yang diimport menjadi mahal disebabkan nilai ringgit jatuh,” katanya di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan bermula hari ini, namun bantuan masih disalurkan bagi telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.

Mohamad berkata, penamatan itu bagi mengurangkan ketirisan subsidi
yang turut dinikmati oleh warga
asing dan golongan berpendapatan tinggi selain menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan.

Menurut Mohideen, selain makanan ayam, ladang-ladang penternakan ayam turut mengimport anak-anak ayam dari luar negara.

“Anak-anak ayam turut diimport dan dengan kejatuhan nilai ringgit harga anak ayam turut meningkat.

”Faktor-faktor ini adalah antara punca utama mengapa pengguna di negara ini tidak dapat menikmati harga ayam pada harga rendah walaupun harga ayam kini tidak lagi dikawal kerajaan,” katanya.

Tambahnya, CAP juga berharap kerajaan dapat menghapuskan monopoli syarikat-syarikat tertentu dalam industri penternakan ayam bagi memastikan terdapat persaingan yang sihat antara syarikat penternakan ayam.

“Apabila monopoli dihapuskan harga ayam dapat ditentukan mengikut permintaan pasaran dan dengan ini harga ayam dapat distabilkan di pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya