PROGRAM Santai KRT & MPPK sekitar Masjid Jamek Kampung Setol Permatang Buluh bersama Bertam Resort, MJTS & Sukarelawan MJTS 2023 berlangsung di Dewan Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Sempena program itu, seramai 32 orang penduduk, termasuk dalam kalangan imam, bilal, siak dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar masjid itu dirai dan dipilih menerima sumbangan wang tunai anjuran Bertam Resort
Kepala Batas, Masjid Jamek Tuan Samad (MJTS), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Setoi Permatang Buluh.
Penyelaras program, Mohamad Ibrahim Zainuddin berkata, ia diadakan bagi merapatkan hubungan baik bersama komuniti tempatan selepas masjid dipilih menerima satu anugerah dari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Lima Bintang Kategori Pembersihan Tandas.
Turut hadir Pengurus Besar Jualan Resort Bertam Kepala Batas, Mohd Mahadi Abdul Malik, Pengerusi MJTS, Zakaria Mat Zain, Setiausahanya, Rosli Man, Pengerusi MPKK, Khairul Ashraf dan Pengerusi KRT, Suraimy Hasan.-UTUSAN










