Pemain dari 5 negara luar sah sertai grand final MFGA di Melaka

Pemain dari lima negara luar sah sertai grand final MFGA di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 15 orang pemain dari Korea, Taiwan, Thailand, Singapura dan Brunei mengesahkan penyertaan mereka bagi memeriahkan pertandingan golf Road To Historical Melaka 2023 pada 26 hingga 28 November ini.

Kejohanan anjuran Malaysia Flying Golfer Association (MFGA) itu bakal berlangsung selama dua hari di mana hari pertama kejohanan pemain akan berentap di Tiara Melaka Golf and Country Club, manakala hari kedua (terakhir) di A’Famosa Golf Resort.

Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali berkata, setakat ini sudah ada 102 pemain yang telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk 15 pemain dari lima negara luar itu.

ZULKIFLI MOHD. RAZALI

Bagaimanapun, tambah beliau, pihaknya menyasarkan seramai 112 pemain kesemuanya dan MFGA yakin sasaran itu mampu dicapai sebelum kejohanan itu bermula.

“Tahun lalu kita mempunyai 20 peserta dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam. Cuma tahun ini kita ada 15 pemain sahaja. Tetapi masih ada lagi beberapa peserta dari luar negara yang menyatakan minat untuk menyertai grand final di Melaka ini.

“Apa pun kita menunggu pengesahan sahaja. Jika mereka jadi, mungkin jumlah 15 pemain luar negara itu akan bertambah melebihi 20 orang,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Zulkifli memberitahu, matlamat utama kejohanan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri pelancongan (travel agen), peserta tempatan dan luar negara selain mempromosikan pelancongan golf dalam negara.

Pada kejohanan grand final di Melaka kali ini, MFGA menetapkan yuran penyertaan untuk dua pusingan sebanyak RM490 (ahli/twin sharing) dan RM690 (ahli/single). Manakala untuk bukan ahli RM650 (twin sharing) dan RM850 (single).

Banyak hadiah-hadiah menarik menarik pemenang. Manakala untuk pemain yang berjaya melakukan pukulan selubang (Hole In One) bakal membawa pulang sebuah motosikal atau tiket penerbangan ke Jakarta (4H 3M) tajaan Leisure Golf atau sebuah pendingin hawa jenama Acson.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi En. Aris (+6019-2310118) Haji Dzul (+60 16-221 5426) atau En. Fatah (+6013-670 6104). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya