PARLIMEN: PAC ‘terkekang’, gesa kerajaan pinda Akta Audit 1957 

PARLIMEN: PAC ‘terkekang’, gesa kerajaan pinda Akta Audit 1957 

Mas Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa kerajaan meminda Akta Audit 1957 sebagai langkah pemerkasaan jawatankuasa tersebut. 

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pindaan terhadap akta itu supaya PAC dapat membuat permohonan kepada Jabatan Audit Negara (JAN) dan melaksanakan audit secara terus ke atas mana-mana pihak yang menerima dana daripada kerajaan apabila diperlukannya.  

Beliau berkata, PAC ketika ini terkekang dan tiada kuasa meminta JAN berbuat demikian ke atas kementerian, agensi atau jabatan kerana peruntukan undang-undang yang termaktub dalam akta berkenaan. 

“Ini adalah kekangannya kerana jika PAC mahu JAN melaksanakan pengauditan kepada mana-mana pihak yang terima dana kerajaan terutama jika isu berkenaan tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

“…PAC perlu memohon kepada Ketua Audit Negara dan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri selaras tertakluk pada budi bicara mereka untuk membenarkan JAN melaksanakan pengauditan bagi pihak PAC. 

“Selaras dengan kuasa yang diberi kepada PAC, sememangnya kami menumpukan kepada isu dalam pentadbiran kerajaan yang mempunyai unsur 3P1K (pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta ketirisan). 

“Dalam hal ini, kerjasama erat PAC dan JAN sejak dahulu lagi menjadi tunjang utama untuk memastikan akauntabiliti sektor awam sentiasa menjadi agenda utama,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau turut bersidang bersama lapan ahli PAC yang lain. 

Sebelum ini, Mas Ermieyati pernah menggesa supaya prosiding PAC dapat dijalankan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam. 

Gesaan itu sebagai antara langkah pembaharuan dan reformasi institusi Parlimen khususnya dalam PAC. 

Pada 14 September lalu, Mas Ermieyati memberitahu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mahu pelaksanaan prosiding secara terbuka dijadikan amalan buat masa ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya