Kerajaan jangka tanggung subsidi diesel RM14 bilion

(PARLIMEN) Kerajaan jangka tanggung subsidi diesel RM14 bilion

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka menanggung perbelanjaan subsidi diesel secara purata melebihi RM1 bilion sebulan atau RM14 bilion tahun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbelanjaan itu diunjur berdasarkan senario semasa.

“Jumlah keseluruhan subsidi yang telah ditanggung oleh kerajaan ke atas produk diesel bagi 2018 sehingga 2022 melebihi RM35 bilion.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM3.9 bilion dibelanja untuk super subsidi diesel sektor perikanan dan hampir RM1 bilion bagi pengangkutan awam.

“Bagi sektor kenderaan barangan, harga super subsidi tidak diperuntukkan memandangkan harga belian diesel sama dengan harga runcit diesel di stesen minyak,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wong Shu Qi [PH-Kluang] meminta kerajaan menyatakan jumlah subsidi diesel yang dibelanja setiap tahun bermula 2018 sehingga kini.

Subsidi tersebut termasuk sektor perikanan, kenderaan perdagangan dan persendirian.

Beliau juga mahu kerajaan memberi pencerahan akan impak kepada kedudukan kewangan negara jika subsidi diesel diteruskan.

Kata Anwar, tujuan pemberian subsidi itu adalah bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan kenaikan harga pasaran sebenar produk petroleum di peringkat global.

“Ketika ini, harga jualan runcit diesel ditetapkan pada kadar RM2.15 seliter ketimbang harga pasaran iaitu RM3.75 seliter,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN