Pan Gon panggil lima pemain baharu

Pan Gon panggil lima pemain baharu

- GAMBAR FB FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pemain baharu termasuk perancang tengah, Mohd. Afiq Fazail dan Mohamadou Sumareh antara 25 pemain yang dipanggil jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon bagi menyertai latihan pusat  bermula Jumaat ini.

Tiga lagi pemain yang kembali tersenarai menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya ialah penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan dua pemain pertahanan iaitu Shahrul Saad serta Syahmi Safari.

Mereka akan bersama 20 daripada 25 pemain yang dipanggil ketika kem latihan pusat Pestabola Merdeka 2023, bulan lalu.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dua pemain, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 16 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad kebangsaan kemudian terbang ke Taipei bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan di tempat lawan pada 21 November ini.

Dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Oman bertemu Taiwan di Muscat pada 16 November ini dan Republik Kyrgyz menanti kunjungan Oman di Bishkek pada 21 November ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN