NSG Group umum barisan pengeluaran baharu panel solar di Malaysia mula beroperasi

NSG Group umum barisan pengeluaran baharu panel solar di Malaysia mula beroperasi

solar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan NSG mengumumkan ketersediaan kemudahan TCO (transparent conductive oxide) mereka di Malaysia.

Dalam pelaburan baharu ini, barisan pengeluaran sedia ada di kilang Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd, di Johor Bahru iaitu ahli Kumpulan NSG, telah
ditukar bagu memulakan pengeluaran kaca TCO bermula Disember ini.

Pelaburan itu adalah demi menyokong strategi pengembangan First Solar, Inc., sebuah syarikat teknologi solar terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan pembekal global modul solar eko-efisien , yang telah lama mempunyai perkongsian strategik dengan Kumpulan NSG.

Bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk panel solar yang dikeluarkan oleh First Solar, Kumpulan NSG mengaktifkan barisan kedua pengeluaran kaca solar mereka di Vietnam pada Januari 2020, dan sebuah kilang baharu di Luckey, Ohio, Amerika Syarikat telah beroperasi sejak November. 2020.

Panel yang dihasilkan oleh kilang ini dibekalkan secara eksklusif kepada First Solar.

Kumpulan juga sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan lagi kapasiti untuk kaca tenaga solar di Amerika Syarikat, untuk memastikan ia memenuhi permintaan kaca solar oleh First Solar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya