Nas-T terpilih sebagai Keluang Man - Utusan Malaysia

Nas-T terpilih sebagai Keluang Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Teka-teki peminat animasi ikonik Malaysia, Keluang Man, akhirnya terjawab apabila pelakon, Nas Muammar Zar atau lebih dikenali sebagai Nas-T diumumkan sebagai pemegang watak tersebut.

Menurut Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pemilihan Nas-T itu adalah kerana dia mempunyai ciri-ciri dan dedikasi yang menepati kriteria karakter Keluang Man.

“Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan Keluang Man, pelbagai reaksi positif diterima daripada peminat serta menerima liputan meluas.

“Ini membuktikan Keluang Man masih relevan dan mempunyai impak yang sangat besar kepada penonton Malaysia.

“Dalam masa yang sama, kami mahu memperkenalkan semula IP animasi kebanggaan negara kita melalui live action movie kepada generasi baru dan tentunya mengangkat karya ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan skala yang lebih besar,”katanya.

Raja Jastina berkata demikian semasa majlis pengumuman watak tersebut di The Bee, Publika, malam tadi.

Selain itu, tambah Jastina, pihaknya percaya Nas-T mampu menggalas watak tersebut dengan baik kerana ciri-ciri yang dimiliknya menjadikan dirinya layak untuk bergelar Keluang Man.

“Selepas menjalankan sesi uji bakat, Astro Shaw mencapai kata sepakat untuk memilih Nas Muammar Zar kerana ciri-ciri dan dedikasi beliau yang menepati kriteria karakter.

“Kami percaya Nas mampu membawakan kelainan dalam menghidupkan watak animasi kegemaran ramai ini.

“Tidak ketinggalan, kami turut membariskan gandingan pelakon berkarisma tanah air seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor.

“Keluang Man dijangka menemui penonton pada tahun 2025. Kami sedang merangka strategi dalam menghasilkan universe terbesar ini dan mengalu-alukan peluang kepada pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam francais ini,” jelasnya.

Keluang Man versi filem ini bakal diarahkan oleh Anwari Ashraf yang turut mengarah trilogi filem Polis Evo, drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM.

Filem ini masih berada dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun hadapan.

Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar.

Malah berdasarkan pencarian kata kunci di Google Trends, Keluang Man masih dicari sejak tahun 2004 sehingga kini dan diperkatakan.

Di platform TikTok, menerusi #KeluangMan telah mencatat 20 juta tontonan, manakala video berkaitan Keluang Man di YouTube menerima 8 juta tontonan.

Begitu juga dengan koleksi lukisan peminat (Fan Art) yang banyak dihasilkan.

Lebih membanggakan, Google kenang pencipta Keluang Man, Allahyarham Kamn Ismail menerusi Google Doodle khas.

Sesi uji bakat tempoh hari mempunyai 3 fasa. Fasa pertama dibuka pada 28 Julai sehingga 28 Ogos lalu.

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya