Nabila Razali, nikah dan gimik - Utusan Malaysia

Nabila Razali, nikah dan gimik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA Poklip mendengar khabar bahawa penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, semestinya kita tumpang gembira dan bahagia.

Biarpun masih tidak ada kata penegas berhubung khabar tersebut, rata-rata peminat mengharapkan agar penyanyi Peluang Kedua itu terus memeluk bahagia. Menikmati indahnya alam rumah tangga.

Ramai sebenarnya yang menanti gambar pernikahan Nabila yang dikatakan berlangsung Isnin lalu. Sempena ulang tahunnya yang ke-31. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Pandai Nabila mengusik warganet.

Tetapi hujung hari, penyanyi itu memuat naik video gambar lamaran yang diterima daripada bakal imamnya. Nik Iruwan Nik Izani. Hantaran tersebut seolah-olah mengesahkan langkahnya ke hari bahagia.

Di sebalik doa dan harapan, Poklip ada terbaca juga beberapa komen yang mungkin ada logiknya jika difikirkan kembali. Ada segelintir warganet yang hanya menganggap hantaran itu sebagai satu lagi gimik.

Yalah, Nabila sendiri pun mendapat gelaran ratu gimik, jadi mungkin ada yang masih keliru sama ada hantaran tersebut adalah satu pengumuman atau sekadar gimik bagi projek baharunya kelak.

Penyanyi itu juga menggunakan petikan lagu yang dipercayai lagu baharunya. Entahlah, mungkin benar atau tidak telahan warganet. Poklip sendiri tidak tahu mana satu yang betul atau propa.

Tetapi harapnya, perkara melibatkan perkahwinan ini tidak dijadikan asas sesebuah pelan pemasaran. Tak seronok bila asyik ‘tipu’ peminat kan. Lama-lama orang sudah tidak percaya, macam satu kisah dongeng pula.

Poklip mengharapkan Nabila benar-benar telah berjumpa lelaki kiriman Tuhan yang diyakini mampu menjaga dan membawa penyanyi itu ke syurga. Nabila orangnya baik, sopan santun maka itulah pilihan terbaik untuknya.

Dengar khabar majlis bakal berlangsung hujung minggu ini di salah sebuah destinasi tanah tinggi yang cukup indah. Tetapi tiada jemputan media dilayangkan. Mungkin akan ada kenyataan rasmi sahaja.

Tak apalah, kita harap yang baik-baik sahaja ya. Untuk Nabila dan pasangan, doa yang baik-baik sahaja Poklip kirimkan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya