MyHealer Doc tawar khidmat penjagaan luka terus rumah pesakit

MyHealer Doc tawar khidmat penjagaan luka terus rumah pesakit

JAGADESAN Chandra Mohan menggunakan alat kesihatan untuk memeriksa orang awam pada majlis pelancaran MyHealer Doc di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Peka terhadap permintaan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, Mitra IT Solutions Sdn. Bhd. melancarkan platform dalam talian, MyHealer Doc yang direka untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hujung jari.

Pengasas My Healer Doc, Jagadesan Chandra Mohan berkata, platform penjagaan kesihatan tersebut memberi tumpuan terhadap perkhidmatan penjagaan luka (wound care) selain menawarkan perundingan fizikal, janji temu serta pelan penjagaan peribadi.

Menurutnya, MyHealer Doc turut menghubungkan pesakit dengan pakar kesihatan profesional dan jururawat menerusi servis dari rumah ke rumah.

“Kajian mendapati Malaysia melaporkan diabetes sebagai punca utama yang merangkumi 63 peratus kadar amputasi. Penjagaan luka yang betul boleh mengurangkan jumlah amputasi di negara ini.

“MyHealer Doc memberi tumpuan untuk membantu mengatasi luka diabetes, luka kemalangan atau bed sores.

“Justeru, platform penjagaan kesihatan digital ini dibina untuk membantu pesakit mencari pakar penjagaan kesihatan untuk keperluan penjagaan luka harian mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan platform MyHealer Doc di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jagadesan berkata, menerusi platform sama, mereka turut menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti fisioterapi, ambulans, e-farmasi, diari pemantauan glukosa darah, pemeriksaan darah serta perkhidmatan berkaitan yang lain.

Jelasnya, MyHealer Doc mula diperkenalkan menerusi projek rintis di Pulau Pinang pada tahun 2021 dan kini perkhidmatannya semakin berkembang meliputi Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan lebih 800 pesakit.

“Kita juga sedang cuba untuk mendapatkan dana supaya perkhidmatan MyHealer Doc dapat menembusi lebih banyak kawasan dan negeri lain seperti Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Setakat ini penerimaan pengguna juga sangat baik terutama selepas pelancaran aplikasi di Apps Store dan Playstore, selepas dua hari kita lihat ada lebih 100 muat turun,” katanya.

Tambahnya lagi, MyHealer Doc menawarkan servis pada harga yang berpatutan dengan pesakit berada di kediaman masing-masing tanpa perlu ke klinik atau hospital.

“Misi kita adalah untuk membantu rakyat Malaysia, hanya dengan RM90 kita beri satu rawatan asas penjagaan luka. Melalui intervensi awal, kita mampu untuk selamatkan mana-mana individu daripada diamputasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya