Ada gerakan untuk lemahkan Bersatu - Muhyiddin

Ada gerakan untuk lemahkan Bersatu – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun Presiden Bersatu itu menegaskan, partinya tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat itu dan tindakan yang lebih tegas akan diambil.

“Tindakan dua lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah bercanggah dengan pendirian parti. 

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan PN.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi parti menangani perkara berkenaan.

Terdahulu Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Aziz Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik merupakan dua ahli Parlimen terbaharu daripada Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman masing-masing mengumumkan sokongan mereka pada 12 dan 30 Oktober lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya