Muda ikrar teguh bersama Syed Sadiq - Utusan Malaysia

Muda ikrar teguh bersama Syed Sadiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun mahkamah memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah terhadap empat pertuduhan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berikrar terus teguh bersama Presidennya itu.

Menurut satu hantaran di Facebook, MUda memberitahu, ini kerana Syed Saddiq sentiasa memberi kerjasama sepanjang proses perundangan berjalan.

“Syed Saddiq menunjukkan iltizam dalam menghadapi proses perundangan dan tidak pernah tangguh, melengahkan serta memberi alasan tidak munasabah dalam proses ini.

“Muda akan terus jalan tegak, bersama Syed Saddiq,” kata hantaran itu.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Syed Saddiq bersalah terhadap empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Presiden Muda itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan munasabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN