MHO dakwa syarikat asing import barang tanpa bayar permit

MHO dakwa syarikat asing import barang tanpa bayar permit

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa, terdapat syarikat milik warga asing mengimport barang tanpa membayar permit.

Difahamkan, syarikat tersebut kemudian aktif menjalankan perniagaan di Malaysia dengan mengaut keuntungan tinggi apabila dapat menjual barangan dengan harga murah di bawah pasaran sekali gus memberi kesan peniaga tempatan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, perkara itu dilihat boleh menjejaskan pendapatan negara kerana tidak dapat memungut hasil daripada permit import.

“(Selepas kaut untung), duit ringgit kita dibawa keluar ke negara terbabi, aliran tunai ke luar negara. Duit masuk tiada, duit keluar banyak,” katanya dalam satu rakaman video dalam laman sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, MHO akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung isu tersebut selepas bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga tempatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN