Masjid dicadang wujud Tabung Kasih Rahmah, bantu kariah

Masjid dicadang wujud Tabung Kasih Rahmah, bantu kariah terdesak

MOHD. NA'IM Mokhtar menerima replika cek RM100,000 sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua masjid di negara ini disaran menubuhkan Tabung Kasih Rahmah bagi membantu masyarakat terdesak yang memerlukan bantuan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tabung itu mampu membantu mereka yang memerlukan wang tunai, contohnya selepas ditimpa kemalangan dan kebakaran.

Menurutnya, ini kerana banyak kes melibatkan ahli kariah yang ditimpa kesusahan tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan segera bagi membantu meringankan masalah dihadapi.

“Kerap berlaku ahli kariah memerlukan wang tunai kerana mereka terdesak ditimpa bencana dan sebagainya. Jika ada tabung ini secara tidak langsung ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Bagi golongan asnaf pula, mereka boleh buat kerja sampingan membersihkan masjid dan upah mereka dibayar melalui tabung yang dicadangkan ini.

“Selain itu jika wujud tabung berkenaan, secara tidak langsung ia akan dapat mendekatkan ahli kariah untuk kerap datang ke masjid yang bukan sahaja digunakan untuk menunaikan solat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR’23) Peringkat Zon Selatan di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang di sini, hari ini.

Tambah Mohd Na’im, cadangan itu juga bertujuan untuk merakyatkan masjid iaitu usaha mendekatkan masyarakat dengan masjid.

Katanya, perananan masjid sepatutnya tidak hanya tertumpu sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, tetapi selaku pusat sehenti yang membolehkan pelbagai program dapat dilaksana.

“Jika cadangan ini dapat dilaksanakan, orang ramai akan lebih banyak melihat fungsi lain masjid selain digunakan sebagai tempat beribadah semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menyalurkan bantuan terhadap krisis kemanusiaan di Palestin melalui dua tabung yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Katanya, ia bagi mengelak masyarakat ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan akan penderitaan umat Islam di Semenanjung Gaza.

“Dua tabung tersebut adalah Tabung Musa’adah JAKIM-YWM dan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin yang dikawal selia Kementerian Luar Negeri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya