Mara tidak kompromi kes buli walaupun babit anak VIP

Mara tidak kompromi kes buli walaupun babit anak VIP

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkompromi dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara termasuk jika ia melibatkan anak orang kenamaan sekali pun. 

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara juga tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang kes buli yang berlaku. 

“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekali pun, you touch, you go!,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook. 

Hantaran itu dipercayai merujuk kejadian buli di sebuah sekolah berasrama elit di bawah Kementerian Pendidikan. 

Media sebelum ini melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berpandukan hantaran yang tular dalam media sosial, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan. 

Turut ditular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku buli terbabit yang dikatakan sekadar diarah berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah, berbanding tindakan tegas seperti buang sekolah.

Semalam, Kementerian Pendidikan menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN