Malaysia, China bincang kerjasama keselamatan

Malaysia, China bincang kerjasama keselamatan

ANWAR IBRAHIM menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sambil diapit Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar China Ke Malaysia Ouyang Yujing. -GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan China hari ini membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong di pejabat beliau hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan Xiaohong juga bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang berkaitan, dalam pertemuan itu.

“Platform ini juga peluang untuk kami mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam mendepani cabaran hal keselamatan Asia dan juga dunia, amnya,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosial media hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi jemputan kepada Presiden China, Xi Jinping untuk mengunjungi Malaysia tahun hadapan sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Sementelahan, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.

“Moga lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia-China dapat dipertingkatkan lagi demi manfaat bersama-sama, Insya-Allah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN