MAIS jangka terima wang tidak patuh syariah RM2.5 juta untuk dilupus - Utusan Malaysia

MAIS jangka terima wang tidak patuh syariah RM2.5 juta untuk dilupus

MAIS
ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjangkakan kutipan wang tidak patuh syariah yang datang dari sumber seperti jualan barang curi, rasuah, rompakan, judi dan perlindungan insurans konvensional sehingga RM2.5 juta.

Kutipan tersebut juga menandakan semakin ramai yang mempunyai kesedaran untuk mencari rezeki halal apabila kutipan pada tahun lalu adalah RM1.8 juga iaitu meningkat daripada RM1.5 juta pada 2021.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat ini sejak Januari lalu sebanyak RM1.67 juta kutipan wang tersebut diperoleh melalui Baitulmal MAIS melibatkan kira-kira 1,000 orang.

“MAIS berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan setiap aktiviti atau perniagaan yang diceburi adalah bertepatan dengan hukum syarak.

“Wang sedemikian diperoleh daripada sumber yang haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional. Saya sedar wang sebegini masih banyak, salurkan kepada Baitulmal untuk dilupus mengikut syariat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Harta Halal Harta Berkat dan Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS 2023.

“Sehubungan dengan itu MAIS hari ini melancarkan sebuah kempen yang dinamakan Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengurus harta secara bijaksana sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak,” ujarnya.

Tambahnya Abdul Aziz, menerusi kempen yang dijadualkan bermula 15 November sehingga 13 Disember depan, MAIS mengajak orang ramai untuk membersihkan harta yang diperolehi agar kehidupan yang dilalui penuh dengan keberkatan.

Katanya lagi, hasil daripada penerimaan wang tersebut boleh digunakan untuk maslahah umum seperti bantuan pendidikan, perubatan dan pembinaan infrastruktur. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.