DENGKIL: Lima beradik di Kampung Chemperai di sini, menempuh pengalaman sukar dilupakan apabila pertama kali terpaksa berhadapan situasi banjir tanpa ibu bapa di sisi memandangkan kedua-duanya berada di Tanah Suci menunaikan umrah. Muhammad Akmal Danial Azeman, 25, dan empat adiknya, Nurin Nabila, 21; Arif Farhan, 19; Nurin Natasya, 16, dan Arif Irfan, 12, bagaimanapun reda mengurus serta membersihkan rumah sesama mereka. Muhammad Akmal Danial berkata, air mula masuk ke dalam…










