Lihat pada kemahiran, bukan taraf universiti - Utusan Malaysia

Lihat pada kemahiran, bukan taraf universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majikan digesa berhenti menggunakan taraf universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengambil pekerja sebaliknya memberi fokus kepada kemahiran dimiliki graduan.

Presiden Majlis Perun­dingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi berkata, tindakan melihat ‘nama’ universiti sebelum mengambil pekerja bukanlah tindakan yang relevan dan wajar.

Katanya, industri kini memerlukan lebih banyak pekerja mahir dan keba­nyakan daripada mereka merupakan graduan universiti atau IPT yang tidak mempunyai nama.

“Terdapat universiti ternama mempunyai ranking baik tetapi kursus atau program ditawarkan lebih kepada bidang profesional.

“Kalau melihat kepada keperluan industri iaitu bidang-bidang kemahiran atau yang melibatkan teknikal, kursus-kursus seperti ini banyak ditawarkan oleh universiti yang ranking mereka tidak setara universiti ternama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, hampir semua majikan melihat penarafan universiti dan IPT sebelum memilih pekerja yang akan diambil bekerja dalam syarikat masing-masing.

Presiden Persekutuan majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan secara amnya mengambil pekerja berdasarkan reputasi dan ranking universiti bagi memastikan mereka mengambil individu yang boleh meningkatkan prestasi dan perniagaan syarikat.

Wan Amsyar berkata, majikan perlu melihat kepada kualiti graduan secara individu sebagai seorang bakal pekerja yang menyumbang kepada syarikat.

Tambahnya, majikan seharusnya ‘melabur’ untuk membantu pekerja menggilap kemahiran dan bakat mereka supaya dapat membantu syarikat bergerak de­ngan lebih maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya