Lelaki ditemukan lemas di lombong

Lelaki ditemukan lemas di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki ditemukan lemas  di lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, malam tadi.

Penemuan lelaki berkenaan kira-kira pukul 11.26  malam itu dimaklumkan kepada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur sebelum mereka menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Mohd Haikal Md Kasri berkata, pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dengan kekuatan 16 orang anggota ke lokasi kejadian pada pukul 11.35 malam.

Menurutnya, laporan awal daripada orang awam terdapat seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 20-an dipercayai lemas.

“Seterusnya operasi siasatan dan pencarian dijalankan bermula di sekitar tebing kawasan lombong.

“Terdapat penemuan barang peribadi mangsa anggaran 10 meter dari tebing,” katanta dalam kenyataan.

Kata beliau, mangsa berjaya ditemukan oleh anggota pukul 1.33 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN