Lelaki bujang ramai susah, sebab itu dia rembat laki kau - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Lelaki bujang ramai susah, sebab itu dia rembat laki kau – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecoh dengan kontroversi pempengaruh diam-diam berkahwin dua, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, memberi nasihat kepada wanita untuk mengelak daripada mengalami nasib serupa.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, penyanyi Bobo Di Mana itu memberi cadangan beberapa perkara yang boleh dilakukan wanita demi memastikan suami mereka sedar diri dan enggan berkahwin lagi.

“Kalau tidak mahu suami curang, pertama sekali kau kena pegang semua password media sosialnya termasuk Instagram dan TikTok.

“Kedua, jika duit gajinya RM5,000 pastikan dekat tangannya hanya ada RM500 sahaja selebihnya simpan untuk keperluan anak termasuk makan minum dan pakaian,” katanya.

Alif mendakwa, segelintir wanita memang lebih suka merampas suami orang kerana mereka lebih berduit dan stabil dari segi kewangan.

“Bila perempuan lain tengok suami kau, mulalah dia menggeletis. Lelaki bujang banyak yang susah, sebab itu dia rembat laki kau.

“Jadi pastikan semua rumah dan kereta letak nama kau. Supaya bila suami nak kahwin lagi, dia satu fikir sepuluh kali,” tambahnya.

Ramai yang tertarik dengan video yang hampir mencecah satu juta tontonan itu. Ada juga yang berjenaka ingin merampas isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

“Jangan ada lelaki yang mahu isteri saya ya. Dia tidak popular seperti saya yang merupakan artis nombor satu. Lagipula rugi, anak dia banyak,” kata Aliff berseloroh.

Terdahulu, hangat di media sosial apabila seorang pempengaruh bernama Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dua.
Alif Teega dikatakan bernikah dengan seorang wanita yang juga merupakan pekerja syarikatnya di Thailand.

Adik iparnya, Amirul Adni Rustam mendakwa pempengaruh itu telah berlaku curang kepada kakaknya, Aisyah Hijanah dengan melakukan hubungan terlarang sejak setahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya