Lebih 1,000 orang hadir Himpunan Selamatkan Syariah

Lebih 1,000 orang hadir Himpunan Selamatkan Syariah

LEBIH 1,000 orang hadir Himpunan Selamatkan Syariah di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 orang membanjiri perkarangan Istana Kehakiman, di sini dalam menyertai ‘Himpunan Selamatkan Syariah’ yang dipercayai dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang.

Perhimpinan itu diadakan demi mempertahankan mahkamah syariah susulan Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh hari ini bagi menyambung pendengaran petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.

Mereka yang hadir di sini berkumpul sebelum pukul 9 pagi tadi dan ada peserta datang dari jauh seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Turut kelihatan pada perhimpunan itu ialah beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) antaranya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain itu ialah Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.

Difahamkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka turut menghadiri himpunan itu.

Pada prosiding terdahulu, mahkamah mendengar penghujahan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili ke­dua-dua pempetisyen bahawa 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan.

Beliau menghujahkan, peruntukan tersebut tidak sah atas alasan Badan Perundangan Ne­geri Kelantan tiada kuasa menggubal peruntukan undang-undang jenayah tersebut kerana ia bidang kuasa Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya