KPN sahkan keterangan Abdul Wahab selesai diambil

KPN sahkan keterangan Abdul Wahab selesai diambil

ABDUL WAHAB ABDUL KADIR JILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara mengesahkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hadir memberi keterangan hari ini.

Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan keterangan Abdul Wahab diambil pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai proses berkenaan memandangkan siasatan masih berjalan.

“Abdul Wahab diambil keterangannya, itu sahaja yang dapat saya maklumkan,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Abdul Wahab yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan Mr.H adalah individu sama dipanggil polis sebelum ini.

Peguamnya, Faisal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada pihak polis pada pukul 11 pagi sehingga 2.30 petang tadi.

“Kita mengesahkan orang sama iaitu seorang pegawai di JKOM, pada saya, ia sudah selesai, jadi kita serahkan kepada polis.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr. H,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut beliau, kesihatan anak guamnya itu juga masih tidak stabil dan begantung kepada ubat.

Katanya,  Abdul Wahab sepatutnya dijangka membuat laporan polis berkenaan Mr. H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.

“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan, namun, kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan menerima rawatan.

Susulan itu, individu berkenaan terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis bagi memberi keterangan.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang media di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr. H.

Susulan itu, polis memanggil individu dipercayai Mr. H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.