KPKT peruntuk RM57.69j perkasa fasiliti JBPM - Utusan Malaysia

KPKT peruntuk RM57.69j perkasa fasiliti JBPM

AHMAD FUZI Abdul Razak (dua,kanan) dan Akmal Nasrullah (dua,kiri) melawat reruai sempena perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM57.695 juta di bawah Rolling Plan 4 (RP4) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memperkasakan pembangunan fasiliti dan prasarana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi projek sambungan pembinaan Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Subang melibatkan bangunan pentadbiran, hangar, sektor logistik, bengkel kejuruteraan, heliport, stesen bahan api pesawat dan kemudahan-kemudahan lain.

Katanya, sebanyak RM1.2 juta bakal digunakan bagi projek sambungan perolehan peralatan khas menyelamat helikopter membabitkan 10 unit payung terjun dan satu set ‘Underslung Tactical Rescue Platform’ manakala RM46.495 juta diperuntukkan bagi projek fizikal penyelenggaraan helikopter dan ‘aircraft refueller’.

“Selain itu, kita juga kini dalam usaha membuat permohonan bagi perolehan empat unit helikopter baharu masing-masing dua unit bagi pelaksanaan penerbangan Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan 2 unit untuk penggantian bagi kegunaan JBPM.

“Walau bagaimanapun, kementerian dan JBPM masih dalam proses melaksanakan kajian analisis kos dan manfaat selaras dengan ulasan yang diberikan oleh Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam, di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, Pangkalan Udara Bertam yang kini dikenali sebagai Pangkalan Udara Wilayah Utara telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya di atas tapak berkeluasan 16.18 hektar yang menelan kos RM30.5 juta.

“Pangkalan yang siap dibina pada tahun 2009 ini dilengkapi bangunan hangar yang terdiri daripada ruang pentadbiran dan operasi penerbangan, ruang kemudahan operasi unit udara, hangar pesawat, ruang pengurusan kujuruteraan pesawat, ruang pengurusan Pasukan Multiskills (MUST), JBPM dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya