Kit Siang pula saman Siti Mastura

Kit Siang pula saman Siti Mastura

SITI-MASTURA-MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad atas dakwaan yang dibuat beliau baru-baru ini iaitu mengaitkan pemimpin tersebut dengan komunis, Chin Peng.

Ini menjadikan Kit Siang sebagai orang ketiga mahu menyaman pemimpin wanita daripada Pas itu selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

kit siang
LIM KIT SIANG

Kit Siang berkata, beliau sudah mengarah peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura.

“Ini lebih daripada tindakan untuk membersihkan nama saya daripada fitnah, tetapi kerana Siti Mastura sudah menjadi ‘aib’ pada negara, seseorang yang tidak celik media tetapi menjadi ahli Parlimen. Malah, mempunyai PhD (Doktor Falsafah).

“Bagaimanakah Malaysia boleh bangkit dan menjadi sebuah negara yang bertaraf dunia dan hebat apabila institusi Parlimen dan sistem pendidikan kita telah turun ke tahap di mana seorang yang sebegini boleh menjadi ahli Parlimen dan dianugerahkan PhD?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, Siti Mastura dilihat tidak mempunyai perbezaan dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Hadi sebelum ini sudah membuat dakwaan liar dan tidak masuk akal bahawa DAP dan saya adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Royalti, komunis, dan menyebarkan Islamofobia.

“Tetapi lebih daripada setahun telah berlalu, Abdul Hadi masih tidak dapat menghasilkan sedikit pun bukti untuk mengesahkan dakwaan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN