LONDON: Naib juara Miss Universe 2023, Anntonia Porsild terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang 23 November waktu tempatan dan perkara itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
Insiden itu berlaku ketika Anntonia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Mexico sebelum pulang ke Thailand.
Pemandunya yang tidak mahir dengan jalan raya di kawasan terbabit memandu laju dan terlepas penanda arah ke lapangan terbang dan cuba membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan.
Namun, Anntonia dirempuh kenderaan di belakangnya.
Dia yang juga kekasih pemain Singapura, Irfan Fandi yang juga anak legenda bola sepak negara itu, Fandi Ahmad ditemani Angie (anak perempuan Pui, pemilik francais Miss Universe Thailand) ketika pemandunya yang terlepas simpang ke lapangan terbang cuba membuat pusingan U yang berbahaya dan menyebabkan kemalangan.
Bagaimanapun, Anntonia terselamat dan kenderaannya hanya mengalami kerosakan kecil.
Kini Naib juara Miss Universe itu dalam perjalanan pulang ke Thailand.
Susulan kemalangan itu, Anntonia dalam media sosialnya berkongsi pengalaman menakutkan ketika menuju ke lapangan terbang sebelum pulang ke Thailand.
Dia turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu. – UTUSAN