KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memerlukan sebanyak 8,200 tan metrik benih padi setahun bagi membolehkan kerja-kerja penanaman sumber makanan itu dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besarnya, Mohd. Faizul Mustafa berkata, bagaimanapun agensi itu hanya memperoleh kuota benih sebanyak 700 tan metrik setahun. “Situasi ini disebabkan ketidakupayaan ladang benih KADA memenuhi standard kualiti Jabatan Pertanian. “Ia disebabkan oleh faktor sumber yang air tidak menentu…










