Isu Palestin: Rakyat Malaysia dilihat semakin bersatu padu - Zulkifli

Isu Palestin: Rakyat Malaysia dilihat semakin bersatu padu – Zulkifli

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Isu penderitaan dan konflik dihadapi Palestin membawa natijah baik kepada seluruh rakyat Malaysia yang kini dilihat semakin bersatu padu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, rakyat malaysia kini dilihat saling membahu dan tolong-menolong dalam menyalurkan bantuan kepada Palestin tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, para ulama dan pelbagai pihak lain.

“Semuanya telah memainkan peranan yang luar biasa,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi sebelum berlepas ke Abu Dhabi.

Zulkifli berlepas ke Abu Dhabi bagi menghadiri mesyuarat tahunan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Hukama’ al-Muslimin sebelum singgah di Amman, Jordan bagi menyerahkan sumbangan hasil jualan jam tangan mewahnya kepada Muslim Care Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia dengan satu tekad dan semangat sanggup membantu rakyat dan negara Palestin yang kini terkesan dan menderita.

Zulkifli berkata, beliau memohon agar Allah SWT mengurniakan segala kebaikan kepada rakyat Malaysia bukan sekadar di akhirat tapi di dunia di atas jasa mereka terhadap rakyat Palestin.

“Setiap orang boleh memberi bantuan mengikut sekadar kemampuan dan bukan semua orang dapat bantu dengan cara menyalurkan wang sebaliknya boleh dilakukan dengan niat, doa dan harapan,” katanya.

Katanya, beliau juga mengagumi tekad dibuat pemimpin negara luar termasuk pemimpin negara ini yang begitu jauh bersemangat dan bersolidariti demi Palestin.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau difahamkan kem pelarian Palestin di Jabalia juga telah dibom oleh tentera Zionis Israel.

“Sehingga saat ini, Palestin masih berdarah. Terbaru saya terima info, kem pelarian Palestin di Jabalia pula dibom tentera Zionis Israel,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya