Isu bekalan air Pulau Pinang-Perak masuk fasa positif - Utusan Malaysia

Isu bekalan air Pulau Pinang-Perak masuk fasa positif

NIK NAZMI Nik Ahmad dan Chow Kon Yeow dalam sidang akhbar mengenai pelbagai isu berkaitan bekalan air dan alam sekitar Pulau Pinang di pejabat Ketua Menteri, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Isu berkaitan bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kini memasuki fasa perbincangan yang positif.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kedua-dua negeri menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) masing-masing akan meneruskan perbincangan berkenaan isu terbabit esok.

“Saya mengesahkan ada perkembangan positif, ia telah berlanjutan selama beberapa tahun dan saya pernah berjumpa dua Menteri Besar Perak dan dua menteri berkaitan.

“Akhirnya yang terkini di peringkat SUK Perak dan SUK Pulau Pinang akan teruskan perbincangan sebelum ini dan ia satu perkembangan baharu yang mana kita akan bincang mengenai bekalan air terawat dan bukan berkaitan air mentah.

“Ia berbeza dengan perbincangan sebelum ini, kita mulakan dengan perbincangan untuk bekalan air terawat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow mengadakan mesyuarat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung pelbagai isu berkaitan bekalan air dan alam sekitar di Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan
Perak tetap dengan pendirian tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun pembentukan kerajaan negeri sekarang adalah campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendirian Perak sebelum ini bahawa Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kepada kerajaan Pulau Pinang, muktamad tidak akan dilaksanakan, bukan disebabkan perbezaan parti yang menerajui kedua-dua negeri terbabit.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, pihaknya menyambut baik perkembangan positif berkaitan isu bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak yang akan menjadi sumber air baharu bagi negeri itu.

“Kita bersedia menjadi pemudah cara isu tersebut. Sekarang isu berkaitan bekalan air antara kedua negeri ini di peringkat perbincangan kerja antara kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang Empangan Mengkuang antara tujuh empangan berisiko tinggi adalah berkaitan keterjaminan bekalan air, bukan berkenaan struktur empangan itu.

“Saya ingin maklumkan istilah tentang berisiko tinggi yang dikeluarkan oleh SPAN itu adalah berkaitan keterjaminan bekalan air dan bukannya (masalah) struktur empangan itu, ia dalam keadaan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya