Irenee cerita kisah sebenar hubungan dengan Syamsul - Utusan Malaysia

Irenee cerita kisah sebenar hubungan dengan Syamsul

Irenee dan Syamsul cuma kawan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan muda, Irenee Deanna, 25, mendedahkan, hubungannya de­ngan pengarah terkemuka tanah air, Syamsul Yusof tidak lebih sekadar kenalan keluarga.

Menurut Irenee, dia juga tidak pasti bagaimana netizen boleh mengaitkannya dengan Syamsul cuma berdasarkan gambar tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya tak ada apa-apa pun nak komen, bagi pihak saya, apa yang boleh dikatakan memang tak ada apa-apa.

“Saya sendiri pun terkejut apabila cerita itu timbul. Kalau tanya pasal gambar yang tular, ia sekadar gambar. Sebab masa dia (Syamsul) datang itu, atas urusan kerjasama dengan Utama Motors.

“Tangkap gambar macam biasa sahaja, sebagai rakan kenalan keluarga. Tetapi tak sangka pula jadi benda lain,” katanya semasa ditemui pada Sidang Media konsert Stars On Fire di Hotel Le Meredien di sini semalam.

Irenee ditanya mengenai dakwaan dia dan Syam­sul menjalinkan hubungan istimewa selepas tular gambar mereka berdua sedang makan malam bersama.

Selain itu, mengenai perhatian netizen yang kini tertumpu kepadanya selain peningkatan jumlah pengikut di Instagram, Irenee menganggap ia perkara yang positif.

“Saya anggap ia satu benda yang baik. Saya ada juga baca komen netizen sebab orang hantar pada saya. Dalam hati, tergelak juga saya.

“Tapi bila tengok jumlah pengikut naik, saya anggap positif saja. Alhamdulillah. Perkara ini tak menganggu pun. Saya pun buat kerja macam biasa saja. Saya okey,” katanya.

Terdahulu, Irenee didakwa menjalin hubungan dengan pengarah, Syamsul Yusof selepas tersebar untaian foto Syamsul menghadiri makan malam yang turut disertai keluarga wanita itu.

Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua dengan Irenee dalam satu hantaran dalam Instagram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×