Hamid dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu

Hamid dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyempurnakan upacara kenaikan pangkat kepada Hamid Mohd. Amin di Putrajaya. - FOTO MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu sekali gus menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.

Upacara kenaikan pangkat dan pelantikan itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini, hari ini.

Maritim Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Hamid, 59, sebagai ketua Pengarah Maritim Malaysia ke-enam itu bagi menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som yang bersara wajib pada Mac lalu.

Katanya, Hamid berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 23 tahun sebelum diserapkan ke agensi ini sebagai pegawai perintis pada 31 Oktober 2005.

“Beliau memiliki pengalaman luas dalam pelaksanaan operasi maritim di perairan negara, termasuk Selat Melaka, Sabah serta Sarawak dalam menjaga keselamatan daripada pelbagai ancaman khasnya jenayah rentas sempadan.

“Hamid pernah memegang pelbagai jawatan termasuk dilantik sebagai Ketua Staff Bahagian Penguatkuasaan Maritim di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2019,” katanya.

Antara jawatan Hamid yang dipegang sebelum ini ialah Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim pada tahun 2021 dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mac lalu.

Katanya, berlandaskan perancang strategik dan atur gerak aset yang bijak, beliau mencapai banyak kejayaan melalui penahanan dan pendakwaan kes berprofil tinggi seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia, minyak, kontraban dan barangan kawalan yang melanggar undang-undang negara.

“Malah beliau juga terlibat dalam pelbagai inisiatif untuk memperkuatkan hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia dengan nelayan serta komuniti maritim dalam usaha mempertingkatkan keselamatan maritim negara.

“Dengan peranan baharu sebagai Ketua Pengarah, beliau diyakini akan meningkatkan keupayaan aset dan kompetensi warga Maritim Malaysia melalui aspek penguatkuasaan dan cari lamat di samping memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi tempatan dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya