Hafizh mahu jadi pencabar ARRC 2024

Hafizh mahu jadi pencabar ARRC 2024

HAFIZH Syahrin Abdullah akan berlumba dalam ARRC 2024 bagi kategori Asian Superbike 1000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah memasang cita-cita besar dalam penampilan sulungnya di pentas Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) tahun hadapan apabila idam bergelar juara untuk kategori Asian Superbike (ASB) 1000.

Hafizh yang kini merupakan pelumba baharu JDT Racing mendedahkan dia dan pasukannya kini sedang memperincikan rundingan jentera yang akan digunakan pada musim hadapan bersama pengeluar dari Eropah.

Bagaimanapun dia menjelaskan gambaran keseluruhan projek pasukan ini akan diperjelaskan sendiri oleh pemilik pasukan iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada minggu hadapan.

“Kami akan bermula dengan kosong, maksudnya bukannya tiada pengalaman, tetapi permulaan untuk membina pasukan JDT Racing ini, dan saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail kerana menyokong karier saya untuk menjadi pelumba.

“Saya boleh katakan ini adalah sesuatu yang besar tetapi saya belum boleh dedahkannya lagi.

“Saya akan buktikan kebolehan saya, kerana ramai yang mengatakan saya hanya bersaing di peringkat Asia sahaja, dan motor tidak banyak, tetapi bagi saya ini masih perlumbaan.

“Tidak semestinya saya turun ke Asia tahapnya rendah. Kita tahu ketika ini pelumba Jerman, Markus Reiterberger (TKKR Racing) sedang menguasai ARRC, jadi saya mahu memecahkan dominasi beliau,” jelas Hafizh dalam podcast bersama Tarmac Sports semalam.

Tambah Hafizh, Antara keistimewaan yang diberikan Tunku Ismail kepadanya dalam membentuk pasukan ini adalah dia diberikan ruang untuk memilih kru mekaniknya sendiri.

Justeru selain menyunting beberapa tenaga pakar luar yang telah dikenalinya, Hafizh turut mendapatkan beberapa tenaga tempatan yang mampu memperkuatkan lagi pasukan ini.

“Akan ada gabungan kru tempatan dan Eropah kerana kita nak perkongsian pengalaman. Walaupun kru Malaysia yang terpilih juga berpengalaman, tetapi kita mahukan membina sebuah pasukan yang kita mampu lakukan serta menunjukkan kepada bakat-bakat muda, mereka mampu menjadi seperti saya.

“Untuk masa depan, kita masih tidak tahu. Ketika ini mungkin nisbah krunya adalah separuh Malaysia, separuh lagi tenaga luar, dan mungkin ia akan berubah menjadi 60:40, dan mungkin juga suatu hari nanti semuanya akan diperkuatkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia,” tambah Hafizh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya