Graduan sepentas dengan isteri, kakak terima ijazah

Graduan sepentas dengan isteri, kakak terima ijazah

Vishnuvaratan Makhandrin(tengah) dan isterinya, Nishalini Shanmugam serta kakak kandungnya Sri Shagilandeswary Makhandrin menerima skrol masing-masing pada sesi kelima, majlis konvokesyen yang berlangsung selama enam hari bermula Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang graduan lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi kegembiraan bersama isteri dan kakaknya apabila sepentas menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47, hari ini.

Vishnuvaratan Makhandrin, 30, dan isterinya, Nishalini Shanmugam, 33, serta kakak kandungnya Sri Shagilandeswary Makhandrin, 35, menerima skrol masing-masing pada sesi kelima, majlis konvokesyen yang berlangsung selama enam hari bermula Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia menerusi Program Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) UPM di bawah kendalian UPM Education & Training.

Agensi itu merupakan merupakan anak syarikat kepada UPM Holdings Sdn. Bhd.

Vishnuvaratan berkata, beliau, isteri dan kakaknya sangat teruja apabila dapat meraikan hari bersejarah itu bersama dan sepentas dalam satu majlis konvokesyen.

“Kami saling bekerjasama, berbincang dan membantu sepanjang proses pengajian selama dua tahun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi masing-masing. 

“Faktor kejayaan ini juga adalah disebabkan ODL UPM yang fleksibel, pensyarah juga banyak membantu dan pentadbiran UPMET yang sangat efisien,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Sri Shagilandeswary berkata, hasrat mereka menyertai program tersebut adalah untuk menaikkan taraf kehidupan dengan menambah pengetahuan dalam bidang tersebut.

“Kebetulan, ia menjadi realiti apabila kami bertiga dapat mendaftar, belajar dan bersama-sama menerima skrol pada majlis konvokesyen kali ini,” katanya.

Menurut isterinya, Nishalini pula, beliau terdorong oleh usaha suaminya yang mengajaknya untuk bersama-sama melanjutkan pengajian secara pengajian jarak jauh walaupun terdapat kekangan masa dan jarak kerana kedua-dua mereka menetap di Singapura. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya