Gambar tular cubaan pecah belah UMNO Sabah-Bung Moktar

Gambar tular cubaan pecah belah UMNO Sabah-Bung Moktar

GAMBAR yang dipercayai pertemuan ADUN UMNO Sabah bersama Hajiji Noor yang tular dalam media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tidak menggambarkan berlaku perpecahan dalam UMNO Sabah.

Demikian penjelasan yang diberikan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar susulan gambar tular ADUN UMNO mengadakan pertemuan dengan Hajiji di Tuaran baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, ADUN-ADUN UMNO itu berhak bertemu dengan Ketua Menteri bagi menyampaikan isu yang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing.

“Mereka ADUN yang dipilih oleh rakyat jadi, tidak salah mereka berjumpa Ketua Menteri untuk menyampaikan masalah atau isu yang dihadapi rakyat di kawasan mereka.

“Jika Ketua Menteri menghormati kerajaan Perpaduan maka, beliau perlu memberi ruang untuk bertemu dan mendengar keluh kesah rakyat terutamanya daripada ADUN-ADUN UMNO yang ketika ini diletakkan di bahagian ADUN pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung Moktar turut mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh dengan sentiman beberapa pihak yang sengaja menularkan gambar pertemuan ADUN UMNO dan Hajiji dalam media sosial.

Jelas beliau, penularan gambar itu bertujuan menyatakan UMNO Sabah berpecah. Ini adalah satu bentuk perang psikologi dan propaganda untuk memecahbelahkan kesatuan dalam UMNO Sabah.

Mengulas lanjut katanya, tidak timbul isu UMNO Sabah berpecah kepada dua kumpulan. Itu hanya sekadar persepsi yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan UMNO Sabah.

Baru-baru ini tular gambar beberapa ADUN UMNO dipercayai diketuai oleh ADUN Usukan, Datuk Seri Salleh Tun Said mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri.

Pertemuan itu menimbulkan khabar angin bahawa kesemua ADUN UMNO yang hadir itu ingin kembali menyokong Ketua Menteri.

Semasa berlaku kemelut politik yang dikenali sebagai Langkah Kinabalu pada Januari lalu, ADUN-ADUN UMNO Sabah menarik sokongan daripada kerajaan negeri dan Ketua Menteri kecuali empat ADUN yang menandatangani akuan bersumpah (SD) kekal menyokong Hajiji.

Empat ADUN UMNO itu adalah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya