Empat premis pelacuran ditutup

Empat premis pelacuran ditutup

ANGGOTA penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu enam premis di sekitar ibu negara selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran, semalam. - IHSAN DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat premis dipercayai menawarkan aktiviti seks dan pelacuran membabitkan wanita warga asing dari Vietnam, China dan Indonesia di sekitar ibu kota diarah tutup serta-merta.

Penutupan tersebut susulan serbuan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui susulan operasi dijalankan di sekitar Jalan Genting Klang, Prima Setapak, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas.

DBKL berkata, serbuan dijalankan pada kelmarin hingga awal pagi semalam di enam premis di sekitar Lembah Klang.

Katanya, seramai 34 wanita warga negara asing terdiri daripada 18 warga Vietnam, sembilan warga China dan tujuh warga Indonesia disyaki sebagai pekerja dan pelayan seks ditahan.

“Dalam serbuan itu, seramai lima lelaki dipercayai penjaga premis dan tujuh pelanggan ditahan untuk tujuan dokumentasi.

“Empat premis dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan lima notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen DBKL dikeluarkan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Tambahnya, DBKL turut membuat sitaan terhadap lima premis dengan pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Antaranya kamera litar tertutup (CCTV), monitor, modem, dekoder, kondom, tisu, router, televisyen, gel pelincir dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan disita kemudian dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Taman Miharja untuk dokumentasi dan penyimpanan sementara, sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.

Kata kenyataan itu, DBKL akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan selepas ini di lokasi tumpuan lain sekitar ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya