Dikait dakwaan hutang keliling, Hang Jebat tak hirau fitnah - Utusan Malaysia

Dikait dakwaan hutang keliling, Hang Jebat tak hirau fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sebenarnya saya sendiri tak pasti bagaimana dakwaan tersebut boleh tersebar. Kalau perkara itu tidak benar, sudah jatuh fitnah. Kalau benar, itu adalah aib seseorang.”

Demikian jawapan anak seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat selepas dikaitkan sebagai individu yang sering meminjam wang dan liat membayar hutang.

Menyifatkan tuduhan tidak berasas itu sebagai sesuatu yang tidak jelas, Jebat lebih senang untuk tidak mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengannya apatah lagi satu tohmahan.

“Saya berpegang kepada pesanan Allahyarham ayah supaya tidak cepat melatah apabila berdepan tuduhan seperti itu.

“Dia juga pernah berpesan tidak mendedahkan apa-apa di media sosial atau mana-mana platform,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan abangnya, Hang Tuah berhubung khabar angin dia menjual harta milik Allahyarham tanpa kebenaran, Jebat sekali lagi memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.

“Kes di mahkamah sivil adalah berkenaan isu jual tanah berharga RM2.75 juta. Alhamdulillah, saya telah menang kes tersebut, cuma sekarang ini pihak di sana membuat rayuan.

“Manakala di mahkamah syariah pula, lebih baik saya tidak dedahkan berkenaan apa. Tunggu sahaja,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya