Sistem subsidi minyak masak sedia ada tidak wajar diteruskan

DEWAN RAKYAT: Sistem subsidi minyak masak sedia ada tidak wajar diteruskan -Johari Ghani

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan tidak meneruskan sistem subsidi sedia ada terhadap pengeluaran 60 juta kilogram (kg) minyak masak paket sebulan atau pengeluaran 720 juta setahun.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan, jika tujuan subsidi tersebut adalah untuk menstabilkan harga minyak masak, ia sepatutnya disasarkan mengikut isi rumah.

“Golongan B40 dianggarkan 3.2 juta, kalau proses ini (subsidi) tidak dapat mengelak ketirisan, contohnya dahulu bila kita bagi subsidi kerana harga minyak sawit meningkat, jadi, kita ingat nak bagi B40 supaya guna minyak masak ini tanpa beli harga tinggi.

“Tapi, oleh kerana ada ketirisan, akhirnya ia dieksport. Kemudian, kita tahan (harga) supaya dapat mengatasi soal eksport, kemudian pemborong beli minyak masak paket dan dijual kepada syarikat mikro dengan harga lebih tinggi daripada RM2.50 maka subsidi bersasar tak berlaku,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Malah, beliau memaklumkan ada pihak yang membeli minyak masak paket untuk dikitar semula dan meletakkan harga yang lebih mahal.

“Jadi, adakah kerajaan ingin meneruskan cara yang sama sebab sudah tiba masanya minyak masak ini kita buat cash transfer. Kalau setiap rumah B40, dia dianggarkan pakai 5kg minyak masak sebulan, kita memang nak bagi harga RM2.50, tetapi perbezaan dengan harga pasaran itu kita bagi cash transfer jadi kementerian tak payah nak buat penguatkuasaan, jadi di pasaran boleh jual (harga) semua sama.

“Jadi, ini boleh sebabkan kerajaan jimat subsidi. Kalau harga meningkat RM2,000 ke RM2,500 setan, ia akan capai hampir RM1.4 bilion. Saya ingat untuk minyak sawit mentah (CPO) dengan RM6,500 setan, kita bayar hampir RM4 bilion jadi adakah kerajaan nak teruskan cara yang sama,” katanya.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

“Ia pengamatan yang tepat kerana sistem subsidi pukal ini diwarisi kerajaan terdahulu dan tentu sekali kerajaan sependapat dengan penyasaran subsidi, kita mula tahun depan dengan diesel dan sebagainya untuk mengelakkan ketirisan, tentunya minyak masak dalam paket dalam senarai penyasaran subsidi tersebut.

“Jadi, kita tidak akan teruskan perkara yang sama kerana kerajaan juga amat gusar dengan perkara ini,” katanya.

Tambahnya, kementerian menyifatkan hanya golongan B40 dan sebahagian M40 layak menerima subsidi yang dianggarkan sekitar 5.8 juta isi rumah.

“Sebelum ini, subsidi pukal ini tidak disasarkan kepada peniaga mikro walaupun mereka memerlukan subsidi minyak masak. Insya-Allah, apabila kita tambah baik dan terima data dari Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) nanti, kita boleh laksanakan penyasaran subsidi minyak masak.

“Saya setuju ada ketirisan dan cash transfer ini mungkin cara terbaik cuma mekanisme belum dituntaskan namun kita ke arah dan hala tuju itu,” katanya.

Namun, katanya, pengeluaran minyak masak paket subsidi pukal setakat ini mencukupi untuk kegunaan dianggarkan sebanyak 5.8 juta isi rumah, dari kumpulan B40 termasuk sebahagian dari golongan M40.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya