DEWAN RAKYAT: Penderaan seksual kanak-kanak catat kes

DEWAN RAKYAT: Penderaan seksual kanak-kanak catat kes tertinggi tahun ini

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,603 kes penderaan seksual kanak-kanak, jumlah kes tertinggi yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Ogos tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, statistik itu menunjukkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, sama ada kanak-kanak yang diselamatkan daripada penganiayaan, penderaan dan juga beberapa faktor lain.

“Pada tahun ini, setakat bulan Ogos 2023, JKM mengendalikan sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal, 1,603 kes penderaan seksual, 73 kes penderaan emosi, 1,530 kes pengabaian, 156 kes dibuang atau tiada ibu bapa dan 614 kes atas faktor-faktor lain yang pelbagai,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen [PH-Selayang] mengenai statistik kes kanak-kanak yang didera di negara ini pada tahun ini.

Katanya, kanak-kanak yang diselamatkan daripada kes terlibat sebahagiannya masih ditempatkan di institusi JKM.

“Ada juga yang ditempatkan bersama ibu bapa peliharaan dan orang yang layak dan sesuai (OYLS).

“Ada juga yang kembali ke pangkuan keluarga setelah dinilai bahawa keadaan dalam keluarga mereka tidak lagi mendatangkan risiko yang memudaratkan kepada kanak-kanak tersebut,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN