DEWAN NEGARA: Kenaikan cukai, cukai baharu tidak akan

DEWAN NEGARA: Kenaikan cukai, cukai baharu tidak akan bebankan rakyat -PM

Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang diperkenalkan kerajaan tidak akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri berkata, cukai-cukai tersebut sebenarnya tidak melibatkan beberapa perkhidmatan.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara hari ini.

Katanya, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.

“Ini dipastikan tidak menjejaskan sektor pelancongan kerana pelancong asing boleh mendapat bayaran balik cukai melalui tax refund di lapangan terbang,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya