DAP tidak persoal kedudukan Islam agama persekutuan - Utusan Malaysia

DAP tidak persoal kedudukan Islam agama persekutuan

DAP Islam
ANTHONY Loke Siew Fook merasmikan Konvensyen DAP Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: DAP menempelak sikap sesetengah pihak yang masih menganggap parti itu masih mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan yang dibuat oleh pihak tersebut kononya Malaysia bakal menjadi sebuah negara sekular sekiranya DAP berada di dalam kerajaan adalah satu tanggapan karut.

“Ini tidak logik kerana bagaimana 40 orang ahli Parlimen (daripada DAP) boleh meminda Perlembagaan Persekutuan sedangkan untuk membuat sebarang pindaan memerlukan persetujuan daripada 148 orang ahli Parlimen.

“Malah di peringkat Kerajaan Pusat sekalipun, sesebuah keputusan yang hendak dibuat di peringkat Kabinet perlu mendapat persetujuannya,” katanya selepas menghadiri Konvesyen DAP Selangor, hari ini.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mendakwa Malaysia akan menjadi negara sekular sekiranya parti DAP menjadi kuat.

Bagaimanapun, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menjelaskan, partinya akan sentiasa menghormati agama Islam kerana hal itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apapun, kebebasan beragama dalam negara ini perlu sentiasa dipertahankan supaya Malaysia kekal harmoni. Jadi rakyat Malaysia tidak perlu takut kepada DAP. DAP hanyalah sebuah parti biasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya