Coldplay benamkan rekod Siti Nurhaliza, peminat minta rampas semula - Utusan Malaysia

Coldplay benamkan rekod Siti Nurhaliza, peminat minta rampas semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konsert Coldplay: Music of The Spheres World Tour mencatat sejarah selepas menjadi acara di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jumlah pengunjung tertinggi setakat ini.

Konsert tersebut yang dihadiri 75,000 penonton Rabu lalu sekali gus membenamkan rekod yang dipegang biduanita, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Fantasia Tour pada 2004.

Sejarah konsert yang bertahan selama 19 tahun itu dihadiri 70,000 peminat walau ketika itu difahamkan penyanyi nombor satu negara berdepan pelbagai kontroversi.

Manakala konsert A.R Rahman dan Blackpink yang juga berlangsung dalam tahun ini menduduki tempat ketiga dan keempat dengan 67,000 serta 62,000 pengunjung.

Menerusi ruangan komen, peminat-peminat penyanyi Jerat Percintaan itu secara berseloroh meminta biduanita itu untuk kembali merampas rekod tersebut dengan penganjuran konsert yang lebih besar.

Bagaimanapun, peminat Siti Nurhaliza tetap berbangga atas pencapaian penyanyi kesayangan mereka yang masih bertahan sebagai artis tempatan yang berjaya mengumpul paling ramai pengunjung bagi sesebuah konsert.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN