BN umum bekas Panglima ATM calon Parlimen Kemaman

BN umum bekas Panglima ATM calon Parlimen Kemaman

AHMAD Zahid Hamidi mengangkat tangan bersama Calon Barisan Nasional P.040 Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tengah) pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Pilihanraya Kecil P.040 Kemaman di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kemaman.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Meyakini sokongan rakyat akan berpihak kepada BN pada kali ini, Ahmad Zahid berkata, Kemaman bukanlah kubu kuat Pas, namun kemenangan yang diperolehi parti Islam sebelum ini adalah bersandarkan fitnah dan tohmahan sehingga menyebabkan BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Kita sudah lihat latar belakang di Kemaman dalam PRUke-15, biarpun BN tidak cukup 27,000 undi untuk menduduki kerusi Parlimen Kemaman, kita rasakan Kemaman bukan kubu kuat Pas, tetapi disebabkan terjahan isu fitnah dan juga simbahan kebencian terhadap UMNO dan BN, serta menggunakan sumber kewangan luar biasa pada ketika itu,

“Kali ini kita letakkan tokoh yang luar dari bidang politik dan beliau telah menyatakan kesediaannya atas tawaran yang diberikan, beliau berhasrat ingin membalas kembali jasa UMNO setelah keberadaannya dalam kerjaya beliau atas jasa UMNO,” katanya pada sidang media, hari ini.

26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada 3 Oktober lalu, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu.

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu P040, pada 2 Disember depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 November, manakala hari pengundian awal (28 November).

Untuk rekod, Parlimen Kemaman sebelum ini menyaksikan Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh keseluruhan 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.

Sementara itu, dua calon lain iaitu dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab Ghani mendapat 506 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin (8,340 undi).

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi menyifatkan tawaran tersebut adalah atas dasar kepercayaan yang tinggi sekali gus beliau membayar balik jasa yang telah diterima.

“Kalau sesuatu yang datang secara tiba-tiba, biasanya ia datang dari hati kita. Saya ucapkan terima kasih kepada pimpinan kerana telah memilih saya, diterjunkan saya ke Kemaman dan saya sahut seruan itu.

“Saya telah berkhidmat 43 tahun, atas apa yang saya lalui ini, saya fikir panjang sebab apabila diberikan tawaran ini, saya fikir sudah sampai masa untuk saya berikan kembali pada negara seleps 40 tahun berkhidmat. Nilai kepercayaan yang tinggi itu saya akan bayar balik,” ujarnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.