Biro Muslimat Surau Al Taqwa, Taman Kota Cheras baru-baru ini menganjurkan program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat di dewan solat utama surau berkenaan.
Menurut Ketuanya, Rodziah Hussin , objektif utama program adalah bagi melahirkan jemaah muslimat memahami ilmu dan meningkatkan kefahaman pengurusan jenazah menerusi kaedah pembelajaran teori dan praktikal serta memberi kesedaran serta keinsafan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan jenazah bermula dari awal dan akhir .
“Pihak kami menjemput Ustazah Ruzeeta Saad untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan terutamanya perihal tatacara sebenar mandi dan kafan seseorang jenazah muslimat “.
Sambutan yang diterima menerusi program ini cukup menggalakkan apabila seramai 75 orang peserta menyertainya.
“Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi takwim Biro Muslimat kelolaan kami“, katanya. –UTUSAN