Beri pendedahan anak OKU bergaul dengan masyarakat - Utusan Malaysia

Beri pendedahan anak OKU bergaul dengan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR : Golongan ibu bapa yang memiliki anak orang kelainan upaya (OKU) disarankan untuk tidak bersikap malu dengan menyembunyikan mereka daripada orang ramai dan komuniti.

Pengerusi Yayasan Raise Yourself to Help Mankind (Rythm), Datin Seri Umayal Eswaran berkata, tindakan seperti itu dipercayai boleh menjejaskan perkembangan mereka pada masa hadapan.

Tidak cuma itu, kata Umayal,  anak-anak istimewa itu sepatutnya dibawa keluar dan bergaul dengan masyarakat sekali gus dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanak-kanak OKU di negara ini.

“Banyak sekolah pendidikan khas untuk anak OKU telah ditubuhkan dan ibu bapa boleh memasukkan mereka di sekolah tersebut dalam membantu kehidupan mereka.

“Apa yang penting sebagai ibu bapa dan masyarakat, kita tidak boleh mengabaikan mereka sebalik menerima kewujudan mereka sebagai anak istimewa,”katanya pada Hari Tahunan Sekolah Taarana, hari ini.

Program tahunan itu menonjolkan bakat 24 pelajar sekolah itu dalam usaha sekolah itu menekankan persekitaran pembelajaran dan pembangunan yang menyeluruh di mana pelajar terlibat telah berlatih persembahan mereka selama beberapa bulan untuk menjayakan persembahan.

Mengulas lanjut, Umayal berkata, persembahan oleh kanak-kanak OKU bukan sahaja mempamerkan bakat pelajar tetapi juga memupuk semangat inklusiviti dan kreativiti yang dipupuk di sekolah itu.

Sekolah Taarana yang ditubuhkan pada 2011 di bawah Yayasan Rythm menyediakan bantuan dan sumber untuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas.

Sekolah tersebut berusaha untuk mencungkil potensi kanak-kanak dan membantu mereka mengenal pasti kekuatan serta menyediakan mereka untuk berdikari dan menjalani kehidupan yang baik.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.