Beri mereka ruang, lalui perjalanan berbeza - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Beri mereka ruang, lalui perjalanan berbeza – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan kebahagian buat adiknya, Raf Yaakob dan bekas isteri, Mawar Rashid biarpun mereka memilih untuk berpisah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fazley bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati kedua-dua pihak dengan memberi ruang dan tidak menyebarkan spekulasi yang tidak benar.

“Apa yang sudah terjadi itu adalah takdir yang tertulis. Saya harap semua orang memberi ruang kepada adik-adik saya yang akan melalui perjalanan berbeza yang telah mereka pilih sendiri.

“Dalam pada masa sama, saya berdua agar mereka berpuas hati dan bahagia dengan keputusan yang telah dipersetujui,” jelas penyanyi Asmara Ini itu.

Mawar dan Raf semalam mengumumkan perpisahan mereka menerusi media sosial selepas desas desus mengenai pergolakan rumah tangga pasangan tersebut mula mendapat perhatian umum.

Dalam pada itu, diajukan soalan adakah Raf dan Mawar sudah memaklumkan lebih awal berhubung perceraian itu, Fazley menjawab;

“Kedua dua raf dan mawar rapat dengan keluarga masing. Sudah pasti segala niat dan usaha telah pun dimaklumkan.

“Kami sebagai keluarga tetap memberikan semangat buat mereka berdua di dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN