Berhenti jadi rider demi Palestin

Berhenti jadi rider di sebuah restoran makanan segera demi Palestin

HUMAIDI Aminudin yang berhenti kerja sebagai penghantar makanan sebagai tanda solidariti kepada Palestin kini berniaga nasi lemak di Taman Indah Alai, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Rezeki Allah luas dan ada di mana-mana, yang penting rajin berusaha.”

Itu pegangan Humaidi Aminudin, 27, yang sanggup berhenti kerja sebagai penghantar makanan atau rider sepenuh masa di sebuah restoran makanan segera terkemuka sebagai tanda solidariti menyokong Palestin.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, keputusan berkenaan bukan suatu yang mudah ditambah pula mempunyai komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

“Sebenarnya sejak Januari tahun ini saya telah berkira-kira untuk berhenti kerja tetapi masih lagi ragu-ragu. Pendapatan tidak menentu tapi boleh dikatakan agak lumayan iaitu antara RM450 hingga RM700 seminggu.

“Bagaimanapun, sejak perang Palestin-Israel tercetus awal bulan ini, saya nekad untuk berhenti kerja walaupun isteri agak berat hati dengan keputusan yang diambil. Saya cakap kalau niat betul insya-Allah rezeki tetap ada.

“Saya juga menganggap ini sebagai sumbangan kecil kepada Palestin selain tidak mahu lagi bersubahat dengan kekejaman Zionis,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Humaidi, selepas berhenti kerja, dia dan isteri, Shafiya Lyanis Shah Jehan, 27, berniaga nasi lemak berhampiran perhentian bas di Taman Alai Indah di sini.

Katanya, perniagaan sedikit perlahan pada awalnya yang mana hanya lima bungkus nasi lemak terjual pada hari pertama.

“Selepas itu, permintaan nasi lemak kami terus meningkat. Saya dan isteri memang terkejut namun tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

“Selain itu, semakin ramai orang yang membuat infaq sehingga mencecah 1,400 bungkus nasi lemak. Kami mungkin terpaksa buat penggiliran selepas ini kerana ramai yang mahu membuat infaq sehingga kami tidak menang tangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×