ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan dengan lebihan atau surplus sebanyak RM4.21 juta pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Khamis lalu. Bertemakan ‘Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat’, Belanjawan Johor 2024 merupakan belanjawan surplus bagi tahun kedua berturut-turut di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Menteri Besar berkata, pihaknya menyasarkan unjuran hasil negeri berjumlah RM1.804 bilion tahun depan, manakala unjuran perbelanjaan…