SERAMAI 40 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut sesi 1978 – 1982 bertemu dalam majlis pertemuan semula di Hotel Park View, bandar Inderapura, Jerantut baru-baru ini.
Penyelaras majlis tersebut, Ruhana Ibrahim berkata, lebih mengujakan pertemuan itu turut dihadiri oleh seramai empat bekas guru yang pernah mengajar mereka dalam tahun tersebut, iaitu Abu Hasan Kasan, Bahari Mat, Zahari Muda dan Baharum Bahari.
“Kebanyakan bekas pelajar ini sudah pun pencen sebagai penjawat awam ada yang menetap di luar Pahang dan pertemuan ini cukup signifikan untuk beramah mesra serta dapat mengembalikan nostalgia 41 tahun yang lalu,” katanya di bandar Inderpaura, Jerantut baru-baru ini.-UTUSAN