SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban semalam melepas dan membebaskan seorang lelaki daripada pertuduhan mengedar dadah bernilai RM7.2 juta di Telok Kemang, Port Dickson tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohammad Hafizuddin Mohammad, 31, yang bekerja sebagai ‘beach boy’ juga tidak dipanggil untuk membela diri selepas Hakim, Datin Rohani Ismail mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Berdasarkan pertuduhan pertama iaitu pada pukul 7 pagi, 14 Mei 2020 di kawasan tepi…