Bapa kunci peti ais, elak anak ketagih jajan

Bapa kunci peti ais, elak anak ketagih jajan

TANGKAP layar perkongsian di TikTok mengenai seorang bapa mengunci peti ais menggunakan mangga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru-baru ini tular di media sosial, seorang bapa bertindak mengunci peti ais di rumah menggunakan mangga untuk mengawal anak-anak mereka daripada ketagihan kepada makanan ringan.

Menerusi perkongsian video Ani Wanis di TikTok memaparkan suaminya sedang memasang selak dan mangga pada peti ais menggunakan mesin gerudi.

Rakaman video tersebut menunjukkan isi dalam peti ais itu dipenuhi dengan makanan ringan seperti coklat, biskut dan minuman ringan.

Kelihatan anak-anak mereka hanya mampu tersenyum melihat keletah bapanya yang tidak henti mengusik setelah berjaya mengunci peti ais tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ketawa melihat gelagat keluarga itu dan pada masa yang sama ada juga yang kagum dengan cara ibu bapa itu mengawal pemakanan anak mereka.

“Kalau saya pun tak tahan tengok coklat macam tu lagi kan budak-budak,” komen Pamanaloy.

“Dah penuh macam tu bukan anak je yang teringin, saya tengok pun rasa nak makan coklat tu, tambah Zakiah Abu Bakar.

Sementara itu di ruangan komen, ada juga netizen yang menyalahkan pasangan tersebut kerana membeli begitu banyak makanan dan minuman ringan.

“Salah ibu bapa sebab kalau coklat banyak macam tu memang anak nak makan je. Lain kali kalau nak makan barulah beli barulah boleh ajar anak. Selagi ada peti ais depan anak tu memang mereka asyik minta je,” tulis Rockstar.

“Tak elok makan banyak tu, kecut otak anak-anak nanti. Kalau nak makan beli satu dua je bukannya simpan stok sebanyak ni. Banyak keburukannya nanti,” kongsi Nurul.

Video berkenaan telah tular di media sosial dan menerima lebih 300,000 tontonan, 227 komen dan 8,410 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya